Assalamualaikum.
Jabatan Pendidikan Islam sedang meneroka satu lagi kemudahan yang disediakan di internet iaitu P&P secara dalam talian menggunakan laman sesawang percuma 'SchoolRack'. Melalui laman ini, ia menyediakan akses kepada murid pendidikan guru (mpg) yang mendaftar sebagai 'pelajar/students' kepada laman 'guru/teachers' berkenaan.
Antara kemudahan yang ditawarkan dalam laman ini ialah akses kepada
- kerjakursus (hanya kepada pelajar yang berdaftar) yang boleh dihantar secara dalam talian,
- ruangan diskusi (boleh dilihat oleh semua tetapi 'reply' hanya kepada pelajar berdaftar).
- guru boleh muat naik bahan yang kemudiannya boleh dimuat turun oleh semua.
- website guru untuk 'posting' berkaitan (website dalam schoolrack)
- mesej dari guru untu pelajar dan sebaliknya
Setakat ini JPIM hanya menggunakan kemudahan ini kepada mpg PPISMP Pengajian Sejarah dan Bahasa Iban bagi mata pelajaran Pendidikan Moral Teras. Melalui laman ini, guru boleh mendapat respon segera dari mpg secara serentak dan dihantar terus secara dalam talian. Tugasan berkumpulan juga boleh diberi melalui laman ini dan mpg boleh menghantar secara dalam talian pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Dengan cara ini juga adalah diharapkan mpg ini akan dapat menjana pemikiran dengan cara yang lebih efektif dan bernas.
Admin JPIM
0 comments:
Post a Comment