Monday, July 11, 2011

[P39] Baik, Benar Patut

Assalamualaikum.

Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan patut.

Contohnya:

Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.
Anda patut berkelakuan baik.
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan.

Sesuatu tindakan itu dikata baik atau benar sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar.  Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam konteks atau pendekatan yang berbeza.


Konsep Baik

Menurut Hobbes, baik adalah sebarang objek yang diingini dan buruk adalah sebarang objek yang dibenci.
Lewis pula mengatakan bahawa baik atau buruk merupakan pengalaman seseorang individu secara intrinsik.
Confucious menjelaskan baik ini ditunjukkan melalui tingkah laku sendiri.
Aristotle menganggapkan baik adalah unsur-unsur kebahagian yang ada dan
dirasainya.

Sebenarnya idea baik boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi tertentu. Misalnya, “pisang ini baik” merujuk kepada maksud “pisang itu” sedap rasanya. Apabila kita memuji seseorang itu baik hatinya, maka makna “baik” di sini merujuk kepada sifat-sifat yang suka membantu atau empati. Oleh itu, konsep baik merupakan penerimaan atau sikap psikologi individu. Apa yang jelas di sini ialah sesuatu yang baik memang memenuhi keperluan kita serta membawa kepuasan kepada kita.


Konsep Benar

Perkataan “benar” bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai. Sesuatu yang dianggap “benar” mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.

Kepercayaan kepada Tuhan dan menurut ajaran agama merupakan tugas kebenaran yang mutlak, iaitu tidak boleh dibahaskan atau dikaitkan dengan perkembangan sains atau amalan-amalan sosial pada bila-bila masa. Manakala Hukum Newton merupakan kebenaran saintifik yang boleh dibuktikan dengan fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang dikumpul dan dianalisiskan secara saintifik. Pantang larang dan peraturan adat pula merupakan kebenaran relatif kerana ini hanya wujud secara relatif. Ini adalah kerana pantang larang yang mungkin benar pada hari ini tetapi dengan perubahan masa mingkin ia akan menjadi salah kemudiannya.


Konsep Patut

“Patut” boleh diertikan seharus, mesti atau sesuai. Moore (1903) menyatakan “patut” membawa erti yang sama dengan “baik” kerana mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana. Konsep patut memerlukan penilaian intrinsik yang perlu:

§ memberi pertimbangan terhadap satu standard yang boleh diterima oleh manusia
§ memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud
§ memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat yang sama atau mempunyai sifat-sifat yang sama
§ tidak setuju dengan sesuatu kelakuan

Iranian sisters Ladan and Laleh Bijani grasped the world's attention during their risky, and unfortnately fatal, separation surgery in July 2003.

Admin JPIM

0 comments:

 
Powered by Blogger