Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang diwujudkan pada Januari 2004. Sebelum itu ia adalah Unit Pendidikan Islam di Jabatan Ilmu Pendidikan dan Unit Pendidikan Moral di Jabatan Kajian Sosial.
JPIM memainkan peranannya membantu mempertingkatkan penguasaaan ilmu, kemahiran dan sahsiah dalam kalangan guru pelatih. Oleh itu, pelajar IPG Kampus Rajang mesti bersedia dengan bekalan yang mencukupi samada dari aspek keilmuan yang berkait dengan profesion mereka ataupun bidang kerohanian dan moral supaya mereka mempunyai keyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat. JPIM juga merancang pelbagai aktiviti mengikut takwim semasa sepanjang tahun ke arah mencapai objektif jabatan. JPIM juga merancang untuk melaksanakan kursus latihan dalam perkhidmatan bagi guru sekolah serta staf IPG Kampus Rajang untuk tujuan perkembangan ilmu.
[Admin]