Saturday, February 26, 2011

[P10] Latihan Pembangunan Staf (25.2.2011)



Assalamualaikum.

Latihan Pembangunan Staf kelolaan Jabatan PIPK siri ke dua berkaitan penyelidikan tindakan telah diadakan pada Jumaat 25.2.2011 di Dewan Kenanga. Ia turut dihadiri Tuan Pengarah.

[P9] Pilihanraya JPP IPG Kampus Rajang



Assalamualaikum.

Pilihanraya JPP IPG Kampus Rajang telah diadakan pada 25 Februari 2011 bertempat di Dewan Sri Rajang mulai 0930 sehingga 1100. Pelajar telah digilirkan mengikut jadual  untuk mengundi bagi mengelak kesesakan. Pengundian berjalan lancar dengan pemantauan pihak HEP.

[P8] Taklimat Program Jerayawara New IPG The Learner Centered



Assalamualaikum.

Satu taklimat berkaitan perkara di atas telah diadakan pada 25 Februari 2011 bertempat di Bilik Seroja, jam 0830.

[P7] Mesyuarat JK Induk Konvokesyen ke-36 (Bil2/2011)



Assalamualaikum.

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 24 Februari 2011 di Bilik Seroja. Tarikh Konvokesyen telah ditetapkan pada 28 April 2011 di IPG Kampus Rajang. Kumpulan guru yang terlibat ialah KPLI (SR) Ambilan Jun 2009 seramai 140 orang dan KPLI (SR) Ambilan Januari 2010 seramai 49 orang. Jumlah keseluruhan ialah 189 graduan.

Monday, February 21, 2011

[P6] Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman



Assalamualaikum.

21 Februari 2011, 2.30 pm bertempat di Bilik Seroja, telah berlangsung Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman (MS ISO) Bil.2/2010 IPG Kampus Rajang. Audit yang sepatutnya dilaksanakan pada Julai 2010 telah tertangguh sehingga 16-18 Februari 2011.

Sunday, February 20, 2011

[P5] Latihan Pembangunan Staff 18.2.2011



Assalamualaikum.

Jumaat 18.2.2011 KULDP telah mengelola Latihan Pembangunan Staf (LPS) berkaitan  Kajian Tindakan.  Ia bertempat di Dewan Kenanga, bermula jam 2.30 pm. LPS ini telah diterajui oleh Jabatan PIPK terdiri dari Dr. Lau HS, Encik Subandi Kasidan serta Pn. Ling PY.

Friday, February 18, 2011

Rasulullah sumber inspirasi capai kecemerlangan


Assalamualaikum.

NABI Muhammad diutuskan membawa mesej Islam daripada Allah kepada semesta alam. Peranan dan tanggungjawab Baginda terlaksana dengan baik iaitu membawa dan memimpin manusia keluar daripada kejahilan kepada akidah Islamiah dan melonjakkan imej Islam. Nabi Muhammad adalah penganjur keamanan sejagat.

Tema Sambutan Maulidurrasul tahun ini ialah 1Malaysia 1Ummah. Ia bersesuaian dengan kebangkitan Rasulullah sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam yang boleh ditelusuri melalui penghayatan dan pengorbanan Nabi dalam menyebarkan agama Allah di samping mempraktikkan ajaran yang dibawanya ke arah kecemerlangan.

Thursday, February 17, 2011

Maulidurrasul 2011M/1432H



Assalamualaikum.

Pada 15.2.2011 (Selasa), sekumpulan  40 pelajar IPG Kampus Rajang telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidurrasul di pekan Bintangor. Perarakan bermula dari Dewan SK Abang Amin mulai jam 8.00 pagi, mengelilingi kampung,  pekan Bintangor dan berakhir di Masjid Darul Taqwa. Turut serta ialah En Mat Kamal, Tn. Hj. Mahmud dan Ustaz Normizan.

Wednesday, February 16, 2011

Jasamu Dikenang



Assalamualaikum.

Terima kasih IPG Kampus Rajang (01 Mac 2006 hingga 09 Februari 2011). Itulah satu-satunya ayat terbaik yang mampu ana susun apabila diminta menyampaikan sedikit ucapan dalam majlis makan tengahari sempena pertukaran ana dari IPG Kampus Rajang ke IPG Kampus Sultan Mizan.

http://jpimkampusrajang.blogspot.com/


Assalamualaikum.

Terima kasih di atas kesempatan anda singgah berkunjung ke laman Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Rajang. Semoga ia dapat memberi maklumat yang berguna pada setiap kunjungan anda. 

Terima kasih.
Admin JPIM
 
Powered by Blogger