Assalamualaikum.
21 Februari 2011, 2.30 pm bertempat di Bilik Seroja, telah berlangsung Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman (MS ISO) Bil.2/2010 IPG Kampus Rajang. Audit yang sepatutnya dilaksanakan pada Julai 2010 telah tertangguh sehingga 16-18 Februari 2011.
Dalam mesyuarat penutupan ini, Tuan Pengarah tidak dapat hadir kerana bercuti kecemasan, dan beliau telah diwakili oleh En. Mohd. Fariq (KUKP). Dalam mesyuarat ini En. Chiong telah merumus dan melaporkan hasil dapatan audit yang dijalankan oleh 30 auditor, yang mana IPG telah di‘kenakan’ 3 pemerhatian (obs).
Audit yang dijalankan kali ini juga adalah sebagai persediaan sebelum audit sebenar oleh SIRIM yang dijangka pada April 2011.
Semoga dengan adanya audit dalaman seperti ini, IPG akan lebih bersedia menghadapi MAMPU nanti.
Admin JPIM
0 comments:
Post a Comment