Wednesday, February 16, 2011

Jasamu Dikenang



Assalamualaikum.

Terima kasih IPG Kampus Rajang (01 Mac 2006 hingga 09 Februari 2011). Itulah satu-satunya ayat terbaik yang mampu ana susun apabila diminta menyampaikan sedikit ucapan dalam majlis makan tengahari sempena pertukaran ana dari IPG Kampus Rajang ke IPG Kampus Sultan Mizan.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas dan ikhlas buat seluruh warga IPG Kampus Rajang, bermula tuan Pengarah, mantan Pengarah, kedua-dua mantan Timbalan Pengarah, semua ketua jabatan khususnya KJ Jabatan PIM, al-fadhil ustaz Normizan, semua Ketua Unit, rakan-rakan pensyarah khususnya rakan pensyarah di JPIM ustazah Siti Fatimah dan seterusnya semua staf sokongan IPG Kampus Rajang yang dimuliakan.



Tiada kata secantik bahasa, ingin kupuji semua..
Terima kasih tuan pengarah atas segala sokongan sepanjang perkhidmatan saya di kampus ini. Begitu juga timbalan Pengarah dan semua staf sokongan di pejabat am, bahkan di mana-mana saya menumpang tanya dan mengadu. Seterusnya para rakan penyarah semua terutama ahli JPIM bermula dari KJnya yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar. Saya banyak bersyukur kerana kerana di sini, di kampus ini saya berpeluang menimba ilmu disamping meningkatkan mutu perkhidmatan daripada rakan-rakan pensyarah yang rata-ratanya lebih senior dan lebih banyak pengalaman.



Terima kasih juga saya tujukan kepada pihak-pihak yang telah bertungkus lumus dalam usaha memungkinkan pertukaran ini, bermula daripada proses permohonan (02 Mac 2010) sehinggalah pengurusan menyediakan perkhidmatan untuk mengangkut barang-barang peribadi saya ke tempat baharu yang sempurna dijalankan pada hari ini (09 Februari 2011).

(Ustaz Zamri bin Rajab)

Terus sukses dari kami di JPIM dan IPG.
Admin JPIM

0 comments:

 
Powered by Blogger