Sunday, February 20, 2011

[P5] Latihan Pembangunan Staff 18.2.2011



Assalamualaikum.

Jumaat 18.2.2011 KULDP telah mengelola Latihan Pembangunan Staf (LPS) berkaitan  Kajian Tindakan.  Ia bertempat di Dewan Kenanga, bermula jam 2.30 pm. LPS ini telah diterajui oleh Jabatan PIPK terdiri dari Dr. Lau HS, Encik Subandi Kasidan serta Pn. Ling PY.

Seramai 40 pensyarah telah hadir, tidak termasuk mereka yang sedang menjalankan tugas rasmi di luar IPG. Ini bersesuaian dengan kehendak pengurusan atasan agar semua pensyarah terlibat dan melibatkan diri dalam LPS. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, perlu menulis surat permohonan agar dapat dikecualikan, sesuai dengan kehendak MS ISO yang menjadi panduan IPG.



Tn. Pengarah, En. Raymond telah berucap memberi amanat dan peringatan kepada para pensyarah sebelum LPS bermula. Beliau juga telah turut serta dalam LPS tersebut yang berakhir pada jam 4.20 pm.

Dari JPIM.
Admin JPIM

0 comments:

 
Powered by Blogger