Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang agung kerana mempunyai beberapa keistimewaan di antaranya :
Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan itu secara
iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka
diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu sebagai mana hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW berkata ia : “Barangsiapa yang
berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan
(dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah) diampuni Tuhan
segala dosanya yang terdahulu”.
Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunnya al-Quran
sebagai mana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang
bermaksud :
“Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan al-Quran, akan jadi
petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta membezakan
antara yang hak dan yang batil ”
Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga,
dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu
ketika itu. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim yang bermaksud :
“Dari Abu hurairah r.a bahawasnya Rasulullah SAW berkata: “Bila telah
datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah
pintu-pintu neraka, dan terbelenggulah syaitan-syaitan”.
Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT,
untuk Allah sendiri dan Dia sendiri pula yang akan menentukan ganjaran.
Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah r.a berkata ia: Telah bersabda Rasulullah SAW :
“Tiap-tiap amalan anak Adam dipergandakan pahalanya antara sepuluh
sampai 700 kali, telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla, kecuali puasa,
kerana seseungguhnya puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya,
ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makanannya kerana Aku
semata-mata”.
Di dalam bulan ramadhan berlaku Lailatul Qadar yang
mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti
beribadah seribu bulanAntara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan
pahala ibadah. Diawal bulan ramadhan adalah kerahmatan, dipertengahanya
keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas dari api neraka. Sebagai
mana berfirman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam
kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan
itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat
dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”
Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan disediakan
tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewanya, pintunya bernama
“Rayyan”, sebagai mana hadis SAW yang bermaksud:
“Dari Sahal bin Said r.a : “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang dinamakan orang
ar-rayyan yang akan memasukkannya pada hari kiamat orang-orang yang
puasa dan tidak seorang juga akan memasukinya selain mereka”.
Dipetik dari http://muscom.iluvislam.com/?p=2115
0 comments:
Post a Comment