Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Pelbagai pendapat dan pandangan dari pelbagai pihak dapat kita baca dan dengar apabila dumumkan cadangan membenarkan telefon bimbit kembali ke sekolah (suatu ketika ia pernah dibenarkan tetapi ditarik balik selepas seminggu).
Hasil negatif benar pelajar bawa gajet ke sekolah (BH 0n-line 19.7.2012)
Kuala
Lumpur: Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak
bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah.
Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000
responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis
Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada
BH, semalam.
Muhamad Khailani adalah Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala
Disiplin Murid yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr
Wee Ka Siong.
Malah, kajian itu turut mendapati lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut menolak cadangan berkenaan.
Kajian dibuat Kementerian Pelajaran tahun lalu untuk mendapatkan pendapat pihak berkepentingan mengenainya.
Beliau berkata, rata-rata semua pihak kepentingan menegaskan keperluan
pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak
mewakili suara majoriti.
“Kebimbangan utama semua pihak berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan.
“Berdasarkan pengalaman sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon
bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini. Masalah berlaku
apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh rakan mencuri sehingga
mencetuskan pergaduhan.
“Selain itu, pelajar membawa anasir
berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang
boleh mempengaruhi rakan,” katanya.
UNTUK DIFIKIR-FIKIRKAN.
Salam dari kami di JPIM.
Admin JPIM
0 comments:
Post a Comment