Friday, March 4, 2011

[P14] THE NEW IPG Learner Centered University



Assalamualaikum.

3 Mac 2011 IPG Kampus Rajang menerima kunjungan dari wakil IPG KPM terdiri dari Tn. Hj. Abdillah bin Adam (Pengarah IPG Kampus Batu Lintang), Tn. Hj. Hashim Asman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Darul Aman), Encik Hamzah bin Dollah (Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu) dan En Azhari bin Ismail (Penolong Pengarah IPG KPM).

Tujuan lawatan adalah untuk memberi penerangan tentang konsep dan hala tuju IPG baharu yang dikenali sebagai THE NEW IPG LEARNER CENTERED UNIVERSITY.

Tajuk pembentangan/ceramah:
NEW IPG dan Peta Strategik (Tn. Hj. Hashim Asman)
Bidang Kepakaran (Tn. Hj. Hashim Asman)
E-Pembelajaran (En. Hamzah b. Dollah)
Pentadbiran (En. Azhari b. Ismail)
Laluan Kerjaya (En. Azhari b. Ismail)
Rumusan (Tn. Hj. Abdillah b. Adam)


Sesi yang bermula pada 0900 telah berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat respon yang ‘hangat’ dari para pensyarah semasa sesi soal-jawab. Sesi berakhir pada 1300.

Salam dari kami di JPIM.
Admin JPIM

0 comments:

 
Powered by Blogger