Konsep
Moral
Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ (bahasa Yunani) yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan
tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai
murni seperti baik hati, merendah diri,
belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum,
tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan
adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Contohnya, sepasang suami
isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung
orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun
berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan menjaganya tanpa mengikut peraturan
undang-undang. Akhirnya setelah
berbincang, mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka
membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut
peruntukan undang-undang yang ditentukan.
(Modul PPG)
0 comments:
Post a Comment