Wednesday, September 2, 2015
[86] SEHATI SEJIWA
Sempena dengan kemerdekaan tanah air kita, bersama-samalah kita
memerdekakan diri dari sebarang fahaman, pemikiran dan pengamalan yang tersasar
daripada garis panduan Islam yang sebenar agar kita mendapat kemenangan hidup
di dunia dan akhirat. Kedatangan Islam membawa sifat kemerdekaan, iaitu menyeru
manusia supaya membebaskan diri daripada sebarang bentuk amalan dan kepercayaan
yang menyimpang dari ajaran Islam.
Dalam mendepani arus kemodenan dunia sekarang, kecanggihan teknologi
maklumat dan media baru memainkan peranan yang amat penting kerana semua
maklumat yang diterima hanya di hujung jari sahaja. Maklumat atau berita yang diperoleh
itu ada kalanya benar atau pun palsu yang disebarkan secara berleluasa melalui
aplikasi media sosial dengan begitu cepat kepada masyarakat. Namun secara
pasti, limpahan maklumat yang diperoleh itu sudah tidak lagi mampu untuk
ditapis dan dipastikan kebenarannya.