Salam Sejahtera.
Kami di JPIM mengucapkan "Selamat Berjaya" kepada murid pendidikan guru Kampus Rajang yang akan menduduki peperiksaan dalam sehari dua ini.
Berikut adalah tips menghjadapi peperiksaan yang dipinjam dari http://ismamesir.com/v2/2012/04/tip-menghadapi-peperiksaan/
Lengkapkan semua tugasan
Pastikan sebelum mula mengulang kali untuk peperiksaan, semua tugasan-tugasan yang berkaitan dengan subjek tersebut telah diselesaikan terlebih dahulu. Sebagai contoh, kerja kursus, pembentangan, tandatangan untuk subjek Obstetrics & Gynaecology dan sebagainya.
Buat panduan peperiksaan untuk setiap subjek
Pastikan topik dan kandungan subjek yang akan turut disertakan untuk peperiksaan nanti. Sesetengah topik biasanya akan dimansuhkan atau tidak akan diuji dalam peperiksaan. Rujuk buku teks, nota kuliah atau apa sahaja sumber lain dan catit apa yang dirasakan penting untuk peperiksaan kali ini. Membaca dan mencatit maklumat-maklumat ini membantu dalam menghafal maklumat yang diperlukan.
Buat Flash Card
Mungkin ini akan mengambil masa tapi ia sangat membantu dalam hafalan terutamanya definisi, formula dan konsep. Ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Uji diri anda
Untuk memastikan anda telah cukup bersedia, lakukan ujian percubaan atau mock exam untuk menguji sejauh mana anda betul-betul menguasai subjek tersebut. Jika kesuntukan masa, anda hanya perlu mengeluarkan kata kunci sahaja.
Dapatkan tidur yang mencukupi
Pelajar yang mendapatkan tidur yang mencukupi akan lebih peka, lebih fokus dan lebih mudah untuk mempelajari suatu subjek berbanding mereka yang tidak cukup tidur. Pastikan anda ada jadual tidur yang tetap lebih-lebih lagi pada minggu yang akan anda menduduki peperiksaan.
Letak target
Dengan meletakkan target, anda akan terus cekal melakukan persediaan untuk peperiksaan lebih-lebih jika tempoh peperiksaan anda mengambil masa yang panjang. Dapatkan jadual peperiksaan anda dan rancang apa yang akan anda ulang kaji. Anda akan lebih produktif jika ada target untuk dicapai.
Jangan lupa berehat
Mengulang kaji untuk peperiksaan bukanlah perkara yang mudah. Rehat seketika setelah mengulang kaji bagi membenarkan otak anda memproses dan menghadam maklumat yang diperolehi. Apabila anda sambung mengulang kaji, lalui semula bahagian yang anda pelajari sebelum ini.
Jangan mengulang kaji seorang diri
Mengulang kaji dengan rakan boleh membantu anda untuk lebih memahami apa yang anda pelajari berbanding belajar seorang diri. Ia juga bagus untuk mengurangkan stress ketika musim peperiksaan ini.
Admin JPIM
0 comments:
Post a Comment