Wednesday, February 29, 2012

[62] Rosak atau Batal Iman

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Beberapa perkara yang  dilakukan/diamalkan umat Islam masa kini yang boleh menyebabkan rosak atau terbatal Iman.


Syirik:

Iaitu menyekutukan Allah dengan makhluk. Percaya atau mempercayai bahawa ada kuasa lain yang sama hebat atau lebih hebat dari Allah swt. Ia mungkin dilakukan dengan sengaja atau tidak disengajakan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”.  (an-Nisaa: 48)


Kufur:

Dari sudut bahasa ialah menutupi. Menurut syara’ kufur ialah tidak beriman kepada Allah dan Rasulnya, baik dengan mendustakannya atau bukan.

Iaitu ingkar atau mengingkari syariat Islam yang terkandung dalam al-Quran atau Hadis Nabi saw. Tidak melaksanakan segala perintah Allah atau lalai dalam melaksanakannya. Ia terbahagi kepada kufur besar dan kufur kecil iaitu sama ada boleh mengeluarkan seseorang daripada Islam atau tidak.

“Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu”. (al-Baqarah: 89)


Bid’ah:

Iaitu apa-apa jenis pembaharuan dalam Islam.

Walaupun pembaharuan atau inovasi dalam hal keduniaan, seperti sains, perubatan dan teknologi dibolehkan dan digalakkan, bid'ah dalam hal keagamaan dianggap sebagai dosa dan Nabi saw telah menyatakan sedemikian.

Saidatina Aisyah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan dari urusan kami yang tiada (sebab) untuknya, maka ia hendaklah ditolak.

Bid’ah Terbahagi kepada Hasanah dan Dhalalah.


Khurafat:

Iaitu  kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat Melayu:
Bertawasul kepada si mati: dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh.
Lalu di bawah si mati: iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu di bawah bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati.


Admin JPIM

0 comments:

 
Powered by Blogger