Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Seramai 50 calon pelajar j-QAF tersenarai untuk melapor diri IPG Kampus Rajang pada 30 Januari 2012. Maklumat awal menyebut 2 daripadanya telah menarik diri, menjadikan jumlah yang tinggal hanya 48 orang. Hanya 6 pelajar dari Sarawak, 1 dari Sabah dan selebihnya adalah dari Semenanjung Malaysia.
Kami di JPIM mengucapkan tahniah dan selamat belajar kepada kumpulan j-QAF ini yang merupakan kumpulan ke 2 yang mengikuti pengajian di IPG Kampus Rajang (dahulu adalah Maktab Perguruan Rajang). Mereka adalah kumpulan major Pendidikan Islam dengan minor 1 Bahasa Arab dan minor 2 Pengajian al-Quran. Mod latihan adalah berasaskan sekolah di mana interaksi P&P adalah dalam masa cuti sekolah.
Mereka akan berada di IPG selama 2 minggu untuk mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu dan Taklimat Matapelajaran/Akademik. Mereka juga akan menerima penempatan sekolah yang akan diagihkan oleh pegawai dari JPN Sarawak pada minggu ke dua.
Admin JPIM
0 comments:
Post a Comment