Tuesday, January 31, 2012

[P56] Pendaftaran Pelajar j-QAF Jan.2012

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Seramai 50 calon pelajar j-QAF tersenarai untuk melapor diri IPG Kampus Rajang pada 30 Januari 2012. Maklumat awal menyebut 2 daripadanya telah menarik diri, menjadikan jumlah yang tinggal hanya 48 orang. Hanya 6 pelajar dari Sarawak, 1 dari Sabah dan selebihnya adalah dari Semenanjung Malaysia.

Kami di JPIM mengucapkan tahniah dan selamat belajar kepada kumpulan j-QAF ini yang merupakan kumpulan ke 2 yang mengikuti pengajian di IPG Kampus Rajang (dahulu adalah Maktab Perguruan Rajang). Mereka adalah kumpulan major Pendidikan Islam dengan minor 1 Bahasa Arab dan minor 2 Pengajian al-Quran.  Mod latihan adalah berasaskan sekolah di mana interaksi P&P adalah dalam masa cuti sekolah.

Mereka akan berada di IPG selama 2 minggu untuk mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu dan Taklimat Matapelajaran/Akademik. Mereka juga akan menerima penempatan sekolah yang akan diagihkan oleh pegawai dari JPN Sarawak pada minggu ke dua.


Admin JPIM

Monday, January 23, 2012

[P55] TBC 2012

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. 

Wednesday, January 11, 2012

[P54] Apa Makna Sebenar ‘Sekolah’

Artikel oleh:
Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia.
(Dipetik dari Utusan Malaysia Online: 10 Januari 2012)


Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Setiap tahun, di samping cuti panjang, yang akan menjadi tumpuan adalah sesi persekolahan dan sesi tahun 2012 sudah bermula. Dalam kerancakan membeli pakaian, kasut dan beg sekolah, ada juga dalam kalangan ibu bapa dan penjaga berlumba-lumba mencari bahan bacaan, dan tidak kurang yang cuba mendapatkan guru tuisyen terbaik untuk anak mereka. 

Yang berada di Tahun 6, pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); sudah pasti merasa bahangnya bukan saja diri sendiri tetapi ibu bapa yang mahu memastikan mereka mendapat keputusan terbaik dengan gred A sahaja.

Apakah makna sekolah sebenarnya? Adakah sekolah merupakan hanya tempat untuk mendapat gred terbaik atau ia sebenarnya merupakan penginstitusian tersohor melahirkan modal insan yang bukan hanya mencari ilmu tetapi turut menampilkan kreativiti dan kebolehan di samping menerokai nilai karakter keperibadian mulia. Apakah guru hanya menjadi cikgu yang mengajar ataupun sebagai 'pendidik'?


Monday, January 9, 2012

[P53] Perhimpunan Bulanan (1) 2012

Assalamualaikum.

Perhimpunan Bulanan warga IPG Kampus Rajang telah diadakan pada 6 Januari, 10.15 pagi. Antara intipati penting dalam ucapan Tuan Pengarah ialah hal-hal yang bersangkutan dengan disiplin pelajar, antaranya;
  • Tidak dibenarkan 'membawa' motosikal ke dalam asrama
  • Tidak dibenarkan meletak kereta di'tepi' asrama
  • Potongan rambut ala David Beckam adalah ditegah sama sekali
  • Cara berpakaian hendaklah mengikut etika yang telah diedarkan.
Tuan Pengarah juga telah memperkenalkan beberapa pensyarah dan aks yang baru berpindah ke IPG Kampus Rajang. Turut diperkenalkan ialah Timbalan Pengarah yang baru iaitu En Patrick Tang Lay Ming. Beliau telah dilantik sebagai TP pada Disember 2011. (Tahniah dari warga IPG)

Dalam kesempatan berucap, TP telah memohon agar warga IPG memberi kerja sama yang baik kepada gandingan kepemimpinan IPG agar Kampus Rajang akan lebih gemilang pada tahun yang mendatang.

Admin JPIM

[P52] Ahli baru JPIM

Assalamualaikum.

JPIM mengalu-alukan dua orang pensyarah baru ke Jabatan Pendidikan Islam dan Moral pada sesi 2012. Mereka ialah Ustaz Mohammad Zawawi bin Mohamad Ali (dari Kampus Sultan Mizan) dan Ustazah Bariah binti Selamat (dari Kampus Pendidikan Islam).

Semoga kehadiran mereka berdua akan memberi impak yang signifikan dalam memaju dan mencemerlangkan sahsiah serta peribadi pelajar IPG di samping pelajaran mereka.

Admin JPIM
 
Powered by Blogger