Wednesday, April 20, 2011

[P21] Cikgu itu Guru


Assalamualaikum.

Sesekali renung dan hayatilah hakikat diri kita sebagai 'cikgu' mengikut beberapa peranan berikut:

Pertamanya, guru sebagai muaddib dan pembimbing: Guru bertanggungjawab menyelia dan mengawal disiplin, penyubur sifat terpuji dan mementingkan kerohanian anak-anak didik sendiri.

Kedua, guru sebagai idola para pelajar: Guru perlu sentiasa bertingkah laku sopan, bersifat intelek, ini kerana pada mata masyarakat, guru sebenarnya dianggap golongan cendekiawan yang berkemampuan membawa reformasi mental dalam kehidupan seharian.

Ketiga, guru sebagai pelajar: Guru perlu sentiasa peka dan bersedia mereformasi diri pada alaf ini dan akan datang. Pelbagai disiplin ilmu baharu perlu diterokai dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bukan setakat meningkatkan profesionalisme kerja, tetapi juga untuk mempelbagaikan kaedah dan kreativiti di bilik darjah.

Keempat, guru sebagai rakan sejawat: Hubungan sesama guru adalah adalah dalam konteks suatu rumpun keluarga di bawah satu bumbung ilmu. Sebagai akar dan umbi yang saling bertaut, kerjaya seorang pendidikan tidak seharusnya diselaputi syak wasangka, pentingkan diri sendiri, pesimis atau saling salah menyalahkan antara satu sama lain.

Kelima, guru sebagai penunjuk pandu: Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada golongan guru bagi memberi didikan semaksimum mungkin kepada anak-anak mereka. Potensi diri seseorang yang telah memilih kerjaya sebagai seorang guru sebenarnya mampu menjelmakan hasrat murni tersebut tetapi perlulah dilampir dengan dengan keikhlasan dan iltizam yang ampuh.

Dan keenam, guru sebagai manusia biasa: Sanjungan dan tingginya harapan seluruh komuniti masyarakat terhadap guru tetap tidak dapat merubah hakikat diri bahawa guru juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan atau keterlanjuran.

GURU SEBENAR GURU
KE SEKOLAH TIDAK JEMU MENGAJAR TIDAK LESU

"The mediocre teacher tells. the good teacher explains.
The superior teacher demonstrate. the great teacher inspires." ~ William A. Ward

Admin JPIM

0 comments:

 
Powered by Blogger