Friday, April 29, 2011

[P24] Hari Konvokesyen IPG Kampus Rajang

Assalamualaikum.

Majlis Konvokesyen IPG Kampus Rajang telah selamat disempurnakan oleh 'Speaker' DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nasar pada 28 April 2011, jam 11.00 pagi. Beliau mewakili YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan yang tidak dapat hadir di saat akhir atas urusan lain yang lebih penting.

Admin JPIM

Wednesday, April 27, 2011

[P23] Raptai Konvokesyen ke 36

Assalamualaikum.
  
Gambaran 'kesibukan' para pensyarah dan graduan pada raptai konvokesyen IPG Kampus Rajang.


Admin JPIM

[P22] Konvokesyen IPG Kampus Rajang

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru lepasan KPLI-SR Ambilan Jun 2009 dan KPLI-SR Ambilan Januari 2010 seramai 169 orang, yang akan 'berkonvo' pada 28 April 2011 di Dewan Sri Rajang IPG Kampus Rajang. YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian Konvokesyen ke 36 tersebut.


Admin JPIM

Wednesday, April 20, 2011

[P21] Cikgu itu Guru


Assalamualaikum.

Sesekali renung dan hayatilah hakikat diri kita sebagai 'cikgu' mengikut beberapa peranan berikut:

Pertamanya, guru sebagai muaddib dan pembimbing: Guru bertanggungjawab menyelia dan mengawal disiplin, penyubur sifat terpuji dan mementingkan kerohanian anak-anak didik sendiri.

Kedua, guru sebagai idola para pelajar: Guru perlu sentiasa bertingkah laku sopan, bersifat intelek, ini kerana pada mata masyarakat, guru sebenarnya dianggap golongan cendekiawan yang berkemampuan membawa reformasi mental dalam kehidupan seharian.

Ketiga, guru sebagai pelajar: Guru perlu sentiasa peka dan bersedia mereformasi diri pada alaf ini dan akan datang. Pelbagai disiplin ilmu baharu perlu diterokai dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bukan setakat meningkatkan profesionalisme kerja, tetapi juga untuk mempelbagaikan kaedah dan kreativiti di bilik darjah.

Keempat, guru sebagai rakan sejawat: Hubungan sesama guru adalah adalah dalam konteks suatu rumpun keluarga di bawah satu bumbung ilmu. Sebagai akar dan umbi yang saling bertaut, kerjaya seorang pendidikan tidak seharusnya diselaputi syak wasangka, pentingkan diri sendiri, pesimis atau saling salah menyalahkan antara satu sama lain.

Kelima, guru sebagai penunjuk pandu: Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada golongan guru bagi memberi didikan semaksimum mungkin kepada anak-anak mereka. Potensi diri seseorang yang telah memilih kerjaya sebagai seorang guru sebenarnya mampu menjelmakan hasrat murni tersebut tetapi perlulah dilampir dengan dengan keikhlasan dan iltizam yang ampuh.

Dan keenam, guru sebagai manusia biasa: Sanjungan dan tingginya harapan seluruh komuniti masyarakat terhadap guru tetap tidak dapat merubah hakikat diri bahawa guru juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan atau keterlanjuran.

GURU SEBENAR GURU
KE SEKOLAH TIDAK JEMU MENGAJAR TIDAK LESU

"The mediocre teacher tells. the good teacher explains.
The superior teacher demonstrate. the great teacher inspires." ~ William A. Ward

Admin JPIM

Monday, April 18, 2011

[P20] Minggu Temuduga

Assalamualaikum.

Minggu ini [18-28 April 2011] merupakan saringan peringkat kedua, iaitu temuduga bagi bakal/calon guru yang akan melanjutkan pengajian di IPG seluruh negara. Hanya yang terbaik akan terpilih untuk mendaftarkan diri pada akhir Jun 2011 nanti bagi mengikuti pengajian Pra PISMP selama 3 semester.

IPG Kampus Rajang adalah antara pusat temuduga bagi calon-calon dari Bahagian Sibu dan Sarikei. Selamat Bertemuduga dan Selamat Berjaya kepada calon-calon guru di seluruh negara.

Admin JPIM

Monday, April 4, 2011

[P19] Mati di tangan cikgu...

Assalamualaikum.

Bukan satu perkara baharu apabila kita di’hidangkan’ dengan berita ‘keganasan’ guru membelasah murid. Tetapi ia agak memeranjatkan apabila ‘mangsa’ adalah pelajar tahun satu, yang sepatutnya dididik dengan seribu kali kasih sayang dalam membentuk dan memastikan modal insan yang berkualiti tinggi suatu hari nanti.

Pengalaman saya sendiri sewaktu menyelia praktikum suatu ketika, pernah ada pelajar/pelatih guru yang mengikut jejak guru-guru bertauliah yang membawa rotan kebilik darjah. Sebaik melangkah ke bilik darjah, berdesus bunyi rotan mengenai pintu, kemudian meja guru, bertujuan untuk mengawal kelas atau murid yang nakal. Hujung rotan sudah boleh diibaratkan seperti penyapu dan boleh digunakan sebagai penyapu menyapu debu dan sampah di lantai, akibat kekerapan memukul dinding, pintu dan meja.

[P18] Kenangan dari mantan Timbalan Pengarah (2)

365 Hari Pertama: Suara Rasa Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Y.Bhg. Tuan Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit, para pensyarah, staf sokongan dan guru pelatih yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuwataalla dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menggerakkan jari jemari saya sekali lagi untuk menukilkan sesuatu dalam 365 Hari Pertama Di Kampus Rajang sebagai catatan dan renungan diri saya sendiri. Catatan ini adalah kesinambungan dari catatan 100 Hari Pertama saya di Kampus Rajang. Catatan ini juga saya titipkan untuk tatapan sejenak warga Kampus Rajang, Bumi Kenyalang yang saya sayangi. Di sini saya masih mengulangi kata-kata ”Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Kata-kata tersebut bagi saya amat penting sebagai warga Malaysia dan penjawat awam kerana tanpa kata-kata ini hati saya seolah-olah hilang rasa bangga berkhidmat di Bumi Kenyalang dan sedar siapa diri saya yang sebenarnya.

[P17] Kenangan dari mantan Timbalan Pengarah (1)


100 Hari Pertama : Suara Rasa Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Y.Bhg. Tuan Pengarah, Ketua Jabatan, Ketua Unit, para pensyarah, staf sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuwataalla dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menggerakkan jari jemari saya untuk menukilkan sesuatu untuk catatan dan renungan diri saya sendiri dan barangkali untuk tatapan sejenak warga Kampus Rajang, Bumi Kenyalang yang saya sayangi. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

 
Powered by Blogger