Thursday, September 22, 2011

[P51] Pameran Hasil Pelajar PISMP

Assalamualaikum.

Foto di sekitar pameran hasil usaha murid pendidikan guru IPG Kampus Rajang yang di adakan pada 14 September 2011 di Dewan Sri Rajang.

Tahniah dari kami di JPIM.

'Klik' untuk melihat foto-foto seterusnya.

Tuesday, September 13, 2011

[P50] Pertandingan Inovasi P&P Jabatan Akademik/Pensyarah

Assalamualaikum.

Pertandingan tersebut telah diadakan di Bilik Seroja IPG Kampus Rajang pada Jumaat, 9 September yang lalu. Pada tahun ini hanya 4 penyertaan inovasi dipertandingkan. Penyertaan tersebut adalah dari Encik Subandi Kasidan, Pn. Ling Pick Yieng, Jabatan Matematik dan Sains (En. Loh Leh Chiong) dan Jabatan Pengajian Melayu (En. Mamat Unggat).

Hakim pertandingan terdiri dari En. Patrick Tang (Ketua), En. Norbert Rabar dan En. Mat Kamal Abd. Majid. Dr. Lau sebagai penyelaras keseluruhan.

Inovasi yang dipertandingkan:
En. Subandi: Alat permainan bagi memudahkan murid pemulihan mengenal abjad dan mengeja.
Pn. Ling:  P&P menggunakan audio dan video dari youtube.com.
En Loh (Jab. Sains & Matematik):  P&P menggunakan Yahoo Groups.
En. Mamat (Jab. Pengajian Melayu):  Alat Pembelajaran bagi murid LINUS.

Pemenang pertandingan dan akan mewakili IPG Kampus Rajang di Peringkat Kebangsaan ialah dari Jabatan Pengajian Melayu.

Tahniah dari warga IPG Kampus Rajang!
Admin JPIM.

Lihat gambar di sekitar pertandingan tersebut.

Friday, August 26, 2011

[P49] Selamat Bercuti, Selamat Berhari Raya, Selamat Merdeka

Assalamualaikum.

Kami di JPIM mengucapkan selamat bercuti buat semua warga IPG. Cuti pertengahan semester 2/2011 yang terangkum di dalamnya sambutan Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan. Semester akan bermula semula pada 5 September 2011.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 54.

Admin JPIM.


Friday, August 19, 2011

[P48] Sosialisasi


Assalamualaikum.

PERANAN SOSIALISASI DALAM PEMBENTUKAN TINGKAH LAKU MORAL INDIVIDU

Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna. Misalnya seorang guru akan sedar dan tahu peranan dan tanggungjawab tentunya akan mengasuh dan menyayangi anak muridnya. Seorang anak dan pelajar juga akan tekun belajar jika ia sedar bahawa itu adalah tanggungjawabnya dan harapan ibu bapanya. Jadi, sosialisasi menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti. Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Sunday, August 14, 2011

Thursday, August 4, 2011

[P46] Jenama Golden Churn disahkan sebagai 'haram'

Assalamualaikum.

Untuk perhatian dan tindakan selanjutnya dari umat Islam. Apabila jabatan yang ada 'otoriti' mengeluarkan kenyataan bahawa jenama mentega tersebut telah disahkan mengandungi DNA babi, maka hendaklah kita patuh dan akur. Usah dipertikaikan dan buangkanlah segala 'stok' yang masih ada, atau apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan mentega ini.

Semoga kesilapan dan kelanjuran 'kita' menggunakan bahan ini selama ini diampuniNya. Wallahu'alam.

Admin JPIM.

Wednesday, July 27, 2011

[P45] IPG Kampus Rajang di Pesta Nanas 2011

Assalamualaikum.

Pesta Nanas Sarikei telah berlangsung pada 20-24 Julai, di Pasar Sentral Sarikei. IPG Kampus Rajang turut sama mengambil bahagian dalam pamiran yang diadakan, sebagai satu 'promosi' memancing minat pelajar dan ibubapa yang berkunjung.

Tahniah IPG Kampus Rajang !

Admin JPIM

 
Powered by Blogger