Monday, June 27, 2011

[P36] Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (Jun 2011)

Assalamualaikum.

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu telah ditutup secara rasmi oleh Pengarah IPG Kampus Rajang pada 23 Jun 2011 di Dewan Sri Rajang.

Jumlah pelajar/murid pendidikan guru yang melapor setakat tarikh tersebut adalah seramai 73 orang daripada 80 yang diunjurkan. Pengajian Bahasa Iban seramai 23 orang, Pengajian Sejarah seramai 29 orang dan Pengajian TESL seramai 21 orang. 

5 orang menolak dan 2 orang lagi masih 'tergantung' statusnya. Daripada 73 orang pelajar tersebut, 60 dari Sarawak dan 13 dari Sabah. Tiada pelajar dari Semenanjung Malaysia yang mendaftar kali ini. 17 dari mereka adalah lelaki dan 56 adalah perempuan.

Selamat Belajar untuk menjadi 'cikgu' untuk anda sekalian.





Dari:
Admin JPIM

Monday, June 20, 2011

[P35] Tazkirah: Mentaati Allah swt.

Assalamualaikum.

Tazkirah Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Jun 2011

Mentaati Allah swt.,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya (anNisa’: 59)


Maksud mentaati Allah:

Mentaati Allah s.w.t. ialah menurut segala perintah-Nya tanpa hujah, tanpa tangguh, tanpa ragu-ragu dan pada masa yang sama hatinya yakin sungguh-sungguh kepada ketuhanan Allah s.w.t yang memelihara, menjaga, melindungi, menguruskan segala sesuatu dengan cara yang paling baik. Mentaati perintah Allah s.w.t dengan memelihara sempadan syariat dinamakan taqwa, dan keyakinan hati terhadap ketuhanan Allah s.w.t yang memelihara serta mengatur, dinamakan iman.


[P34] Pendaftaran Pelajar Baharu (PPISMP) Ambilan Jun 2011

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baharu IPG Kampus Rajang dan 26 IPG lain seluruh negara. IPG Kampus Rajang menawarkan 3 pengkhususan iaitu Bahasa Iban, Bahasa Inggeris (SJKC) dan Sejarah. Jumlah pelajar yang dijangka akan mendaftar pada hari ini ialah seramai 76 orang dan hanya 18 daripada mereka adalah lelaki.

Seterusnya para pelajar ini akan mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu sebelum memulakan pembelajaran pada minggu hadapan.

TAHNIAH KEPADA PELAJAR AMBILAN JUN 2011 SEKALIAN.


 

Sunday, June 19, 2011

[P33] Ramah Tamah Gawai

Assalamualaikum.

Perkara: Ramah Tamah Gawai Dayak
Tarikh:  17 JUN 2011
Masa:   10.30 am
Tempat:  PULAKO
Jemputan:  Semua Pensyarah dan kakitangan (AKS)



Wednesday, May 18, 2011

[P32] Minggu Peperiksaan

Assalamualaikum.

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1/2011 kepada semua pelajar IPG Kampus Rajang.

Peperiksaan telah bermula 16 Mei 2011 dan akan berakhir pada 26 Mei 2011.



Admin JPIM

[P31] Hadiah Hari Guru (buat yang berkenaan)


Assalamualaikum.

Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya. Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

[dipetik dari BH Online pada 17 May 2011] 

Admin JPIM

Monday, May 16, 2011

[P30] Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SEKALIAN.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Jangan membuang masa berbincang untuk mencipta kecemerlangan dalam masyarakat jika tidak berusaha menuju kehebatan jalannya. Oleh itu, kecemerlangan dunia pendidikan ini harus dimulakan dengan diri sendiri.  Guru harus MEMPERKASAKAN DIRI dari aspek profesionalisme, akauntabiliti dan prinsip dalam tugas. Keutuhan peribadi yang diteladani,  kecekapan dan ketrampilan diri yang unggul. Mental dan keintelektualan yang menyerlah keilmuan. Kestabilan emosi  dalam menangani tribulasi.  Spiritual yang luhur untuk membina kekuatan diri serta bijaksana dalam kepemimpinann. Kita sebagai guru adalah pelopor masa depan. Guru adalah pembina jati diri modal insan. GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Admin JPIM
 
Powered by Blogger