Friday, May 12, 2017

[98] Sekitar Hari Anugerah Pencapaian Cemerlang IPG Kampus Rajang pada 27 April 2017.

Tahniah kepada penerima APC  tahun 2016, dan penerima Anugerah Khidmat Bakti (Perkhidmatan melebihi 20 tahun).





[97] Kolokium Pendidikan Moral

Pada 20 April 2017 yang lepas, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan Kolokium Pendidikan Moral pada 2.10 petang bertempat di Dewan Kenanga, IPG Kampus Rajang. Kolokium ini merupakan salah satu aktiviti Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang telah dirancang untuk tahun 2017. Kali ini ia melibatkan pelajar yang mengambil kursus ELMK3043 (Isu Moral dan Peranan Agen-agen Moral) seramai 21 orang sebagai pengelola. Kolokium ini juga merupakan wadah perkongsian untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dengan menganalisis punca dan kesan dari akibat berlakunya konflik moral.








Thursday, February 16, 2017

[96] Guru Interim

KUCHING: Kira-kira 202 guru interim di Sarawak yang gagal dalam sesi temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) baru-baru ini diberi peluang untuk temuduga kedua Jun depan.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau tidak pernah berkata bahawa ini adalah ‘penamat’ kepada guru-guru berkenaan, dan tidak bersetuju dengan sebuah akhbar tempatan yang meletakkan tajuk “End of The Road” sebagai merujuk kepada nasib guru-guru berkenaan.
Beliau menjelaskan selaras dengan polisi 90:10, di mana kerajaan berusaha ke arah menjadikan 90 peratus daripada guru di Sarawak dari kalangan penduduk Sarawak, dan tahun lepas lebih 900 guru interim dari kalangan anak Sarawak menghadiri temuduga SPP.
Beliau berkata mereka adalah dari kalangan yang sudah memiliki ijazah atau diploma (bukan pendidikan), dan sekiranya mereka berjaya dalam temuduga itu, barulah mereka boleh mengikuti kursus di maktab-maktab pergurusan secara separuh masa.
Kursus itu untuk mereka memperoleh ijazah atau diploma dalam bidang pendidikan, bagaimanapun 202 daripada mereka gagal dalam temuduga, katanya pada sidang media semasa meninjau sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Tabuan Jaya di sini hari ini.
Beliau turut membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Sementara itu, Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata selepas berunding dengan Menteri Pendidikan, Abang Johari memutuskan/memberi jaminan bahawa perkhidmatan guru interim yang terlibat tidak akan ditamatkan.
“Bagaimanapun mereka dikehendaki menghadiri satu lagi temuduga dan mereka yang layak akan memenuhi jawatan berkenaan.
“Semua jawatan guru interim akan diisi oleh hanya rakyat Sarawak,” katanya.
Menurut kenyataan itu, langkah akan terus diambil sehingga nisbah 90 peratus guru tempatan di Sarawak dicapai.
Merujuk kepada nisbah berkenaan, Mahadzir berkata bagi sekolah rendah kebangsaan kira-kira 88 peratus kini sudahpun terdiri daripada guru-guru yang berasal dari Sarawak.
Mahdzir yang tiba di Sarawak semalam, menamatkan lawatan kerja dua harinya petang ini selepas melawat SMK Tabuan Jaya.
Semalam beliau yang melakukan tinjauan mesra di beberapa sekolah di Lundu, kira-kira 100 km dari sini, turut melancarkan program GA1M (Guru Aktif 1Malaysia) di Dewan Sri Pakma, SMK Lundu.

(http://sarawakvoice.com/2017/02/15/guru-interim-di-sarawak-yang-gagal-temuduga-spp-diberi-peluang-kedua-mahdzir/ )

[95] Konsep Moral



Konsep Moral

Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataanmores’  (bahasa Yunani) yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni  seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. 

Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik  ke rumah dan menjaganya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya  setelah berbincang, mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.

(Modul PPG)

Tuesday, April 5, 2016

[91] PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (4-8 April 2016 IPGK Rajang)


IPG Kampus Rajang diberi kepercayaan untuk mengendalikan 6 sesi PTM bermula 4 April 2016 sehingga 20 Mei 2016.

PTM adalah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan menggantikan kursus induksi dan perlu dihadiri oleh pegawai lantikan pertama atau pegawai dalam tempoh percubaan (belum hadir induksi umum). Tempoh kursus ialah 5 hari.






 Ustazah Siti Fatimah menyampaikan slot 1 pada 5/4/2016.

[90] Dr. Lambat anak Lindong, Pengarah IPGK Rajang







 Dr. Lambat Anak Lindong menyampaikan amanat berkaitan PPPM dalam perhimpunan bulanan pada 1 April 2016.

Tuesday, February 16, 2016

[89] Selamat Bersara En. Raymond Gai Panting @ Gaie

Persaraan wajib pada 7 Februari 2016.





Tuesday, January 26, 2016

[88] Hargai Masa


PEJAM celik sudah hampir sebulan kita berada di tahun 2016 Masihi, terasa masih baru sahaja kita menginjakkan kaki di tahun 2016 ini dan menyambut Tahun Baru. Begitu pantas masa berlalu sehingga kita merasakan bahawa minggu berlalu itu bagaikan sehari lalu. Sebenarnya inilah antara tanda-tanda akhir zaman sepertimana mafhum hadith Baginda SAW: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga masa berlalu dengan begitu pantas, setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seminggu, seminggu dirasakan bagai sehari dan sehari bagaikan sejam manakala sejam pula bagaikan kerlipan api yang bertiup (HR Tirmidhi).  Inilah hakikat perasaan yang rata-rata di kalangan kita dapat merasakannya. Bagi segelintir atau mungkin sebahagian besar daripada kita azam tahun 2015 pun masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya, tetapi masa telah pun berlalu pantas dan memaksa kita memulakan dengan azam baru untuk tahun baharu. Lalu kita menyalahkan masa kerana berlalu pantas sedangkan yang salah bukannya masa tetapi kelalaian dan kealpaan diri kita sendiri. Imam al-Shafi’e menukilkan dalam Diwannya: “Kita menyalahkan masa, walhal salahnya itu bukan pada masa, sedangkan kita yang bersalah, bukan yang selainnya”.
Masa dikatakan lebih berharga daripada emas. Pepatah ini kurang tepat kerana bagi seseorang yang kehilangan emas, dia mungkin boleh mendapatkannya kembali melalui usaha yang gigih, namun masa jika ia berlalu ia pasti tidak akan kembali lagi seperti mana tahun 2015 yang telah meninggalkan kita ia tidak akan kembali lagi buat selamanya. Sebab itulah juga Imam al-Ghazali dikatakan memberi teka teki kepada anak muridnya apakah perkara yang paling jauh sekali? Maka anak muridnya memberikan pelbagai jawapan namun beliau memberi jawapan yang betul ialah “masa lampau”. Masa silam itulah yang paling jauh sekali yang mustahil dapat dicapai sedangkan segala perkara, tempat yang jauh-jauh masih memungkin kita mencapainya.
Namun manusia tidak begitu menghargai masa. Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang mafhumnya:Dua nikmat yang ramai di kalangan manusia yang tidak menghargainya iaitu kesihatan dan masa lapangnya”. (HR. Bukhari, Tirmidhi dan Ibn Majah). Orang yang sihat hanya akan menghargai kesihatannya apabila beliau sakit atau terlantar di hospital lalu mula mengenangkan masa ketika beliau sihat. Begitu juga orang yang sibuk juga membayangkan alangkah indahnya jika dia mempunyai banyak masa lapang seperti anak-anak kecil.
Dunia ini diibaratkan sebagai “ladang akhirat”.  Kita sebenarnya bercucuk tanam di atas mukabumi ini akan mengutip hasil tanaman kita di Hari Akhirat kelak. Kehidupan duniawi ini seolah seperti suatu perniagaan di mana laba atau keuntungannya akan kita peroleh di Hari Akhirat kelak. Namun, kita tidak begitu sensitif terhadap “modal masa” ini berbanding jika modal tersebut berupa “wang ringgit” Pembaziran masa berlaku sewenang-wenangnya melalui perbualan-perbualan kosong, masa interaksi di media sosial yang tidak berfaedah dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain untuk “menghabiskan masa”. Masa sepatutnya bukan “dihabiskan” tetapi digunakan untuk perkara-perkara bermanfaat kerana masa itu sebenarnya usia kita dan menghabiskan masa itu bermakna kita membazirkan usia kita sendiri. Lantaran itulah Imam Hasan al-Basri RA mengingatkan kepada kita semua dengan kata-katanya yang mahsyur: Wahai anak Adam! Kamu adalah himpunan hari-hari, dan apabila berlalunya hari, maka berlaku sebahagian daripada dirimu. Tepat sekali! Seorang yang hidup 70 tahun sebenarnya adalah masanya yang amat bernilai dan akan lebih nampak kebernilaiaannya apabila apabila dipecahkan kepada bulan, minggu dan hari. Jika dihitung dalam ukuran jam pula, ianya sekitar 7 juta jam menyamai 70 tahun umurnya. Itulah hitungan jam yang ada padanya diberikan Allah sebagai modal untuk beliau menyiapkan diri bagi kehidupannya yang kekal di Akhirat kelak.
Terlalu banyak anjuran dan gesaan al-Qur’an dan Hadith Baginda SAW yang menyeru menjaga masa termasuklah penurunan Surah al-‘Asr. Nabi SAW sendiri juga ada berpesan: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (HR al-Hakim dan al-Bayhaqi). Jika pun mungkin sebahagian kita sudah tidak lagi memiliki kesemua lima-lima perkara yang disebutkan oleh Baginda SAW itu, yang pasti setiap kita masih lagi memiliki satu perkara yang teramat penting dan berharga iaitu “masa hidup sebelum mati”.
Justeru itu, dalam kehidupan di dunia ini, marilah sama-sama kita menginsafi bahawa modal yang kita miliki dalam perniagaan kita di atas mukabumi ini ialah masa yang kita miliki. Setiap saat berlalu, maka berlalulah modal kita samada ianya telah memberikan keuntungan kepada kita untuk Hari Akhirat kelak atau tidak ianya terpulanglah bagaimana cara kita menghabiskannya. Dengan kedatangan tahun baharu 2016 ini, sama-samalah kita berazam memanfaatkan masa dengan sebaiknya lebih baik daripada 2015.

Penulis:
Nik Roskiman Abdul Samad
Merupakan Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Aktif menulis dalam akhbar dan majalah termasuk menjadi kolumnis majalah Q&A. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pengkhususan dalam bidang tasawuf dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Wednesday, September 2, 2015

[87] Majlis Tahlil sempena Hari Kebangsaan [ masih ada yang bersyukur...]


27 OGOS 2015

[86] SEHATI SEJIWA




Sempena dengan kemerdekaan tanah air kita, bersama-samalah kita memerdekakan diri dari sebarang fahaman, pemikiran dan pengamalan yang tersasar daripada garis panduan Islam yang sebenar agar kita mendapat kemenangan hidup di dunia dan akhirat. Kedatangan Islam membawa sifat kemerdekaan, iaitu menyeru manusia supaya membebaskan diri daripada sebarang bentuk amalan dan kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Dalam mendepani arus kemodenan dunia sekarang, kecanggihan teknologi maklumat dan media baru memainkan peranan yang amat penting kerana semua maklumat yang diterima hanya di hujung jari sahaja. Maklumat atau berita yang diperoleh itu ada kalanya benar atau pun palsu yang disebarkan secara berleluasa melalui aplikasi media sosial dengan begitu cepat kepada masyarakat. Namun secara pasti, limpahan maklumat yang diperoleh itu sudah tidak lagi mampu untuk ditapis dan dipastikan kebenarannya.

Saturday, August 15, 2015

Friday, August 7, 2015

Tuesday, July 23, 2013

[83] makan oleh mu...

 



Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.  [al-A’raf:31]
 

[82] Ramadhan al-Mubarak



Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman yang ditunggu kehadirannya  kerana setiap saat ada ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Setiap hari  dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh barakah dan peluang untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat Baginda.

Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad  bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah SWT telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan di kunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Justeru bulan yang mulia ini dilipat ganda ganjaran pahala khususnya bagi  membersihkan segala dosa serta  mengembalikan fitrah akhlak manusia. Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam.”(Riwayat al-Khamsah).

Bagi menghidupkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini, maka kita hendaklah menggiatkan ibadah terutamanya dengan mengisi ruang-ruang  yang ada seperti solat tarawih, solat sunat witir, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya bagi meningkatkan keimanan  dan ketakwaan kepada Allah SWT di dalam usaha mencari keredhaan-Nya. Ingatlah bahawa  setiap amalan  samada wajib dan sunat di sepanjang bulan ini merupakan latih tubi insan kepada pembersihan hati, mendisiplin anggota badan, mengukuhkan akhlak dan mencegah penyakit serta diberi ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Maksud sabda Rasulullah SAW:
“Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipat-gandakan, satu kebajikan dilipat-gandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk –Ku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk. (Riwayat al-Bukhari).


Yakinlah bahawa bagi menghidupkan bulan Ramadhan dengan segala ibadah dan memperolehi ganjaran pahala yang ditawarkan oleh Allah SWT,  maka jiwa kita hendaklah diasuh dan dididik untuk mendekati dengan Allah SWT serta bermujahadah melawan hawa nafsu. Pada bulan Ramadhan tugas untuk mengawal hawa nafsu dipermudahkan oleh Allah SWT melalui latihan-latihan dan keistimewaan yang di sediakan secara khusus pada bulan Ramadhan dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Petikan Khutbah pada 12/7/2013 di http://www.islam.gov.my/khutbah-online
 
Powered by Blogger