Friday, March 25, 2011

[P16] PISMP Keluaran Sulung IPG

Assalamualaikum.
Kumpulan pertama PISMP dari IPG seluruh negara telah menamatkan pengajian mereka pada November 2010. 14 daripada mereka adalah dari IPG Kampus Rajang. TAHNIAH kepada mereka. Semoga segala ilmu yang diperolehi selama 5 tahun setengah itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Berikut petikan akhbar yang berkaitan.

Tuesday, March 15, 2011

[P15] Nilai Murah Hati


Assalamualaikum.

Berikut ialah tulisan berkaitan nilai ‘murah hati’ oleh Ungki ak. Kingsoon, KPLI SR(Bimbingan) Januari 2010.

Murah hati dapat didifinisikan  sikap yang sentiasa mengambil berat perasaan dan kebajikan orang lain. Disamping itu juga sikap murah hati ini boleh disebut apabila seseorang sedia memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kewangan, kebendaan atau sokongan moral.

Friday, March 4, 2011

[P14] THE NEW IPG Learner Centered University



Assalamualaikum.

3 Mac 2011 IPG Kampus Rajang menerima kunjungan dari wakil IPG KPM terdiri dari Tn. Hj. Abdillah bin Adam (Pengarah IPG Kampus Batu Lintang), Tn. Hj. Hashim Asman (Timbalan Pengarah IPG Kampus Darul Aman), Encik Hamzah bin Dollah (Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu) dan En Azhari bin Ismail (Penolong Pengarah IPG KPM).

Wednesday, March 2, 2011

[P13] Cikgu Sunan: Kisah popular semasa BIG


Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.

Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya. Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

[P12] Bina Insan Guru (BIG) 1/2011:


Assalamualaikum.

Program BIG 1/2011 untuk pelajar dua kumpulan KPLI Ambilan Januari 2011 selama 4 hari 3 malam, bermula 1 Februari 2011. Pelajar dari dua kumpulan, Pengajian Bahasa Inggeris dan Bimbingan dan Kaunseling seramai 40 orang mengadakan perkhemahan tersebut di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Rajang. Fasilitator seramai 8 orang terdiri dari para pensyarah kumpulan, jurulatih air dan darat serta staf AKS sebagai urusetia.

Selamat menjalani BIG dari JPIM.
Admin JPIM

Tuesday, March 1, 2011

[P11] Bengkel Penulisan



Assalamualaikum.

Pada 26.2.2011 (Sabtu) yang lepas, seramai 20 pensyarah IPG Kampus Rajang telah berkesempatan mengikuti Bengkel Penulisan yang dikendalikan oleh Professor Emeritus Abdullah Hassan.

 
Powered by Blogger